Bidang nyanyian Rahmad_Mega

Sebelum menganggotai Mega, beliau pernah menjadi vokalis Gerimis sekitar tahun 1988 dan sempat merakamkan sebuah album.

Nama beliau mula dikenali setelah beliau mula menerajui Kumpulan Mega pada tahun 1991. Beliau sebenarnya bukanlah vokalis asal Kumpulan Mega kerana Mega sebelum itu sudahpun mencipta nama dengan satu-satunya lagu yang amat panjang judulnya iaitu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara dan lagu Pasti pada tahun 1989 ketika Mega masih diterajui vokalis asalnya, Zarith. Kemasukan Rahmad sedikit sebanyak telah menaikkan lagi nama Mega dengan penghasilan lagu berhantunya iaitu Takdir Dan Waktu pada tahun 1991, ciptaan komposer Rahim Othman dan Bayangan Gurauan pada tahun 1993, ciptaan komposer LY.

Setelah anggota-anggota asal Mega membawa haluan masing-masing pada tahun 1997, Rahmad menjadi vokalis kumpulan Utama yang merupakan artis Ambang Klasik Sdn. Bhd iaitu anak syarikat TV3. Bagaimanapun kumpulan tersebut juga tidak mampu bertahan lama.